Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

FELDA Tenggaroh 2, mula diterokai pada 1979 dan menerima kemasukan peneroka untuk bermastautin bersama keluarga masing-masing pada tahun berkenaan dan seramai 607 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut.

Kebanyakan penduduk di sini merupakan anak jati negeri Johor yang kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Johor, Mersing, Batu Pahat dan Pontian. Mereka lazimnya amat mementingkan pemeliharaan kesenian budaya masyarakat Melayu Johor, maka aktiviti kesenian seperti tarian zapin turut aktif dilakukan di sini.

Menyentuh perihal asal-usul nama Tenggaroh pula, menurut penduduk setempat nama tersebut berpunca daripada sebutan ‘’Tengah Loh’’ yang diucapkan peniaga-peniaga berbangsa Cina di Mersing. Titik-tolak daripada itu, ia menjadi semakin popular dan akhirnya menjadi nama penempatan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 |TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Program Tadarus Al-Quran

Aktiviti Terkini | 3 Jun 2017

Aktiviti ini bertujuan menyemarakkan suasana Ramdhan dengan bertadarus Al-Quran secara beramai-ramai, dimana Al-Quran dibaca dan difahami... baca selanjutnya

Program Jom Makan Buah Bersama Murid Literasi Felda Tenggaroh 2

Aktiviti Terkini | 2 Mei 2017

Aktiviti ini bertujuan memberi pengalaman kepada murid –murid Literasi merasai beberapa jenis buah-buahan disamping memberitahu khasiat setiap buah... baca selanjutnya

Color Online

Aktiviti Terkini | 29 April 2017

Aktiviti ini bertujuan memberi pengalaman kepada peserta mewarna secara digital dan segalanya hanya dihujung jari. Selain memupuk semangat berfikir secara kreatif, ia mampu mengeratkan silaturahim sesama peserta dan staff PI1M... baca selanjutnya

KDB Bersama Komuniti Felda Dan AADK Mersing

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2017

Aktiviti ini bertujuan bagi menjelaskan, menerangkan, memupuk serta mendidik untuk membudayakan penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga orang lain... baca selanjutnya

Sanding Drawing

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2017

Aktiviti ini bertujuan bagi memberi peluang kepada para peserta menunjukkan minat dan dapat mengenal pasti kebolehan mereka di samping mencuba sesuatu yang baru... baca selanjutnya

Mencipta Bingkai Gambar

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2017

Aktiviti ini bertujuan bagi memberi peluang kepada para peserta menunjukkan minat terhadap reka ciptaan. Selain itu, peserta-peserta dapat mengenal pasti kebolehan mereka di samping mencuba sesuatu yang baru dan menajamkan pemikiran mereka agar berfikir di luar kotak... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. baca selanjutnya