Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

FELDA Tenggaroh 2, mula diterokai pada 1979 dan menerima kemasukan peneroka untuk bermastautin bersama keluarga masing-masing pada tahun berkenaan dan seramai 607 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut.

Kebanyakan penduduk di sini merupakan anak jati negeri Johor yang kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Johor, Mersing, Batu Pahat dan Pontian. Mereka lazimnya amat mementingkan pemeliharaan kesenian budaya masyarakat Melayu Johor, maka aktiviti kesenian seperti tarian zapin turut aktif dilakukan di sini.

Menyentuh perihal asal-usul nama Tenggaroh pula, menurut penduduk setempat nama tersebut berpunca daripada sebutan ‘’Tengah Loh’’ yang diucapkan peniaga-peniaga berbangsa Cina di Mersing. Titik-tolak daripada itu, ia menjadi semakin popular dan akhirnya menjadi nama penempatan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018



Pertandingan Tresure Hunt


21 Disember 2014 | Aktiviti Muktahir

Program ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap kepantasan peserta dengan aktiviti mencari harta karun yang telah disediakan oleh pihak PI1M. Ia juga merupakan salah satu program yang paling digemari oleh peserta kerana dapat berlumba-lumba untuk mengumpulkan seberapa banyak harta karun yang dicari dalam masa yang telah diberikan. baca sepenuhnya...


Pertandingan Sukaneka


23 November 2014 | Aktiviti Muktahir

Pusat Internet 1 Malaysia, Felda Tenggaroh 3 telah mengadakan Pertandingan Sukaneka yang diadakan pada 23 November 2014. Lokasi pertandingan adalah di Padang Awam Felda Tenggaroh 3. Pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk keyakinan dan sikap tidak putus asa dalam diri para peserta. baca sepenuhnya...


Pertandingan Master Chef Felda


19 Oktober 2014 | Aktiviti Muktahir

Pusat Internet 1 Malaysia, Felda Tenggaroh 3 telah mengadakan satu pertandingan iaitu Master Chef Felda yang diadakan pada 19 Oktober 2014. baca sepenuhnya...


Semangat Generasi Muda Di Dalam Patriotisme


19 September 2014 | Aktiviti Muktahir

Aktiviti bulan ini dijalankan secara berkumpulan dengan tujuan ada daya persaingan di antara mereka untuk menghasilkan lukisan menggunakan cap jari dengan lebih kreatif. baca sepenuhnya...


Program Memasak Bubur Lambuk Mengindahkan Ramadhan


18 Julai 2014 | Aktiviti Muktahir

Bersempena bulan Ramadhan Almubarak, Pusat Internet 1 Malaysia telah menjalankan program memasak bubur lambuk bersama-sama dengan komuniti setempat untuk diedarkan kepada orang ramai. baca sepenuhnya...


Mari Membaca Bersama Untuk 10 Minit


19 Jun 2014 | Aktiviti Muktahir

Pihak Pusat Internet pada bulan ini telah dijemput untuk bersama menjayakan program yang diberi nama Mari Membaca untuk 10 minit bersama Perpustakaan Desa Felda Tenggaroh 3 pada 19hb Jun 2014. baca sepenuhnya...


Klik Dengan Bijak Bersama Komuniti Felda Bersempena Perkahwinan YB Raven dan pemimpin


23 Mei 2014 | Aktiviti Muktahir

Aktiviti pada bulan ini, pihak PI1M telah bekerjasama dengan JKK Felda Tenggaroh 3, GPW Tenggaroh 3 serta pihak pengurusan Felda Tenggaaroh 3 bersempena Majlis Perkahwinan ADUN Tenggaroh yang diadakan di Dewan Sentuhan Kasih (F) Tenggaroh 3 pada 23hb Mei 2014 yang lalu. baca sepenuhnya...


Pertandingan Teka Silang Kata


12 April 2014 | Aktiviti Muktahir

Untuk bulan ini, Pusat Internet 1 Malaysia menjalankan aktiviti Pertandingan Teka Silang Kata yang diadakan pada 12hb April 2014 dan disertai hampir 20 orang peserta. baca sepenuhnya...


Pertandingan Autoshow "Aksesori Motor Sana Sini Awesome"


28 Mac 2014 | Aktiviti Muktahir

Program ini dijalankan untuk menarik lebih perhatian belia untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenggaroh 3. baca sepenuhnya...