Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

FELDA Tenggaroh 2, mula diterokai pada 1979 dan menerima kemasukan peneroka untuk bermastautin bersama keluarga masing-masing pada tahun berkenaan dan seramai 607 orang peneroka telah menyertai rancangan tersebut.

Kebanyakan penduduk di sini merupakan anak jati negeri Johor yang kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Johor, Mersing, Batu Pahat dan Pontian. Mereka lazimnya amat mementingkan pemeliharaan kesenian budaya masyarakat Melayu Johor, maka aktiviti kesenian seperti tarian zapin turut aktif dilakukan di sini.

Menyentuh perihal asal-usul nama Tenggaroh pula, menurut penduduk setempat nama tersebut berpunca daripada sebutan ‘’Tengah Loh’’ yang diucapkan peniaga-peniaga berbangsa Cina di Mersing. Titik-tolak daripada itu, ia menjadi semakin popular dan akhirnya menjadi nama penempatan tersebut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 |TAHUN 2016 | TAHUN 2017



Aktiviti Membuat Roti


20 Disember 2015 | Aktiviti Muktahir

Nama program: Aktiviti Membuat Roti. Anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenggaroh 2. Tarikh dan Masa: 20 December 2015 / 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk mempromosi Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenggaroh 2 kepada komuniti yang berada di gugusan Felda...baca sepenuhnya...


Pertandingan Melukis


20 November 2015 | Aktiviti Muktahir

Nama program: Pertandingan Melukis. Anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenggaroh 2. Tarikh dan Masa: 20 November 2015 / 10.00 am. Tujuan pertandingan ini dilaksanakan adalah untuk memupuk minat dan menonjolkan bakat serta kreativiti peserta. ...baca sepenuhnya...


Pertandingan Mengenali Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenggaroh 2


23 Oktober 2105 | Aktiviti Muktahir

Nama program: Pertandingan Mengenali Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenggaroh 2. Anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenggaroh 2. Tarikh dan Masa: 25 Oktober 2015 / 10.00 am. Tujuan pertandingan ini dilaksanakan adalah untuk memberi penerangan, pemahaman dan penjelasan berkenaan penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia di Felda Tenggaroh 2...baca sepenuhnya...


Majlis Ilmu Bersama Komuniti


20 Mac 2105 | Aktiviti Muktahir

Tujuan utama diadakan Majlis Ilmu Bersama Komuniti adalah untuk membersihkan rohani dan jasmani dengan program ceramah bagi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik serta dapat merapatkan ukhwah di kalangan pekerja dengan komuniti Felda Tenggaroh 3. baca sepenuhnya...


Hari Mesra Bersama Murid Tadika


24 Februari 2015 | Aktiviti Muktahir

Tujuan utama diadakan Hari Mesra Bersama Murid Tabika Kemas adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia yang terdapat di dalam kawasan Felda Tenggaroh 3. baca sepenuhnya...


Pertandingan Menyusun Bongkah kayu


28 Januari 2015 | Aktiviti Muktahir

Para peserta dapat memenuhi masa terluang dengan menyertai pertandingan Menyusun Bongkah Kayu kerana ia adalah suatu aktiviti yang jarang dilakukan oleh kebiasaan kanak-kanak untuk mengisi lapang. baca sepenuhnya...